About Me

My photo
temerloh, pahang, Malaysia
mantan student kulliah al-lughah waddin as-sultan abu bakar,pekan phg... now al-bakaluriyus fil qism da'wah wa al-qiyadah takhassus al-idarah, jamiah wataniah maliziyah (UKM)

12 November 2010

alhamdulillah...

assalamualaikum...

hari ni 11/11/10 habis sudah exam. yang berkahir di DTAMS UKM. lega sangat. alhamdulillah. tapi tu belum lega sepenuhnya. result?? so tunggu la natijahnya. nak cerita sepanjang exam ni, fuhh tersangat la best. sebab apa?? gap tujuh hari kot. hihi. emm tapi disebabkan gap lama sangat tu la yang tak study. lepas esok-esok. berkira sangat kalau bab study ni. lepas tu jawab time exam. ha mula la, termenung sana, termenung sini. (janganlah tiru aksi ini tau hihi).

tapi yang tak puas hati nya time exam ni x cukup masa nak menulis!!sebab 2 jam je. nak fikir lagi, mengarang lagi, temenung lagi, tido memang dah tak sempat (teringat masa exam STAM, selalu luangkan masa untuk mencari ilham di dalam mimpi atas meja sebelum jawab exam). sampai sakit, lenguh tangan ni mengarang. exam last tadi pun pakai hand plast. sebab apa? kebas jari la. so pakai hand plast ok sikit la. diharapkan coursemate ade la yang mintak kat badan yang berkuasa supaya lanjutkan masa time exam sem depan.amin. terseksa jawab exam terkejar-kejar ni. tapi apa-apa pun berdoa la. semoga result kali ni dan seterusnya gempaq.

tak sabarnya nak balik rumah. baiti jannati. rindu sangat kat kampung halaman, kat mak, abah, my sibling and my tek (kambing kesayangan adik). lepas balik raya puasa terus tak balik-balik dah pahang. memang lame betoi koi tak balik. time sekolah dulu mane pernah tak balik kalau lebih dua minggu. mesti merungut punye la. tak pe la, dah besar ni takkan masih nak berkira balik-balik ni. x matured la. manja ke?? x la. rindu sebenarnya kat family. rindu sangat. tunggu ye kepulangan ira hari ahad ni. along pun dah mesej bile nak balik. sabo-sabo. nanti dah duduk rumah nanti mula la tanye. bila nak balik UKM? macam halau pulak. hihi. tak pe. halau pun halau la. ira tetap sayang kamu semua. hanya kamu yang bertakhta di hati selama-lamanya...

tapi sebelum balik pahang, nak jumpa kengkawan lama yang dah lama tak jumpa. mereka adalah tikah cok, una, pujah, tirah dan yah. x sabar rasenye. tirah selaku driver akan membawa kami bersiar-siar di Putrajaya. nak pergi mana tu semua terpulang pada warga Putrajaya yang menjadi tourist guide kami nanti. tapi yang paling best sekali nanti mereka yang dah bekerja akan belanja kami yang sedang belajar ni!!! tu yang nak dengar sebenarnya. alhamdulillah. semoga rezeki kawan-kawanku x putus. insyaAllah. Allah je yang dapat membalasnya. tapi tak pe, insyaAllah kalau kami dah kerja nanti, kami belnja pulak ye. semoga ALLAH merhmati perjalanan dan pertemuan kami nanti. pertemuan ini kami niatkan LILLAHI TAALA.berkati kami YA ALLAH. AMIN...

29 October 2010

nak kool fever!!!demam...

assalamualaikum...

hari ni start first exam. 29 Oktober 2010 (macam first je..padahal da nk abes pon kt ukm ni). demam??ish xdela demam. macam bese la. hapyy :). majaz je. teknlogi maklumat dakwah memag bes jawab tadi. sampai rase tak nak bangun dari kerusi. tahan pulak sejuk kat KTAMS ye.hehe. time nak hantar kertas jawapan kat depan tadi, ade la beberapa orang sahabat yang masih sedang menulis. x cukup masa kot. ataupun ada menda yang penting mesti kena tulis. mesti dalam fikiran mereka tu tengah berlegar-lega "aduhh banyak pulak idea ni nak keluar". kenapa la dua jam je masa yang diperuntukkan. x cukup tau. buat la 3 jam (tu member saya yang cakap saya tak cakap.hee). teringat kata-kata seorang lecturer yang mengajar kami yang dia akan pastikan jari pelajar-pelajar beliau akan berlekuk time exam nt!huh mmg mantop la exam tu nanti. hari ahad ni kami akan pastikan tangan kami semua sudah bersedia untuk menyahut kata-kata ustaz. 

dah keluar dewan tadi rasa puas sangat. puas sebab ape ye??emm..pikir la sndiri. yang membe seorang ni boleh pulak cakap "rase nak parkinson je tangan ni menulis". hehe. semua nak bagi tau penyakit yang mereka sedang alami. yang peliknye time exam je datang.ish ish ish pelik-pelik. macam-macam ragam membe saya ni. 

semoga saya dan my beloved member-member success!!tapi ape-ape pun berdoalah kepada Allah. moga-moga Allah memudahkan segala usrusan kita. bukan time exam je. semua perkara la. di dunia mahupun di akhirat. insya ALLAH. semoga doa hamba-Mu ini diterima oleh Mu ya ALLAH..ameen..

>>>sekadar selingan n gelak-gelak time exam ni. jangan stress ye(",)<<<

video

24 August 2010

SIAP SEDIA…ESOK MATI!!!

Sudah menjadi sunatullah bahawa setiap makhluk yang benyawa pasti akan mati, Cuma kita tidak tahu bila kematian itu datang. firman Allah S.W.T:
Setiap jiwa pasti akan merasakan mati                                                          (Surah Ali-Imran: 185)

KEMATIAN ITU PASTI TIBA!!.MAKA Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita semua agar selalu mengingat akan mati dan menyiapkan diri dengan bekalan. Tetapi kini manusia leka, lalai dan alpa terhadap perkara yang pasti ini. Buktinya kita lihat sahaja manusia sekarang terus-terusan berlumba dalam mengejar kenikmatan yang tidak pernah berakhir di dunia ini. ingat akan mati adalah suatu kemestian bagi setiap Muslim. Ini kerana Muslim tersebut tidak akan terbuai dengan segala kehidupan dunia dan setiap Muslim itu lebih giat beribadah kepada Allah S.W.T.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Perbanyakkanlah mengingat (kematian) yang akan memutuskan kenikmatan” (Hadis riwayat an-Nasa’ie)

Hadis ini merupakan kalimat ringkas yang menggabungkan peringatan dan nasihat. Maka sesiapa yang ingat akan mati pasti akan menguramgkan mencari kenikmatan dunia serta membuatnya bersikap zuhud terhadap kenikmatan dunia itu.

Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, “Nabi ziarah ke kubur ibunya, lalu baginda menangis dan membuatkan orang di sekelilingnya turut menangis, maka baginda bersabda:
Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memintakan kepampunan untuknya, maka aku tidak diizinkan. Dan aku meminta izin untuk ziarah ke kuburnya, maka Dia mengizinkan, maka ziarahlah ke kubur, sesungguhnya ia mengingat akan mati.                                                    (Hadis riwayat Muslim)

Hadis tersebut menjelaskan bahawa salah satu pendorong agar selalu ingat terhadap kematian adalah ziarah ke kubur. Ini kerana hal itu sangat memberi kesan kepada setiap orang agar selalu ingat akan mati dan tidak mungkin kembali lagi ke dunia yang fana ini.

Para ulama ada berkata, “tidak ada yang paling berguna untuk hati selain menziarah kubur, terutama hati yang keras. Maka orang yang memiliki hati yang keras harus mengubatinya dengan empat perkara.

Pertama:
Berhenti melakukan perkara buruk yang menjadi kebiasaan pada masa lau dengan cara menghadiri majlis-majlis ilmu, nasihat, zikir, selalu mendengar tentang ancaman dan anjuran kepada kebaikan serta mendengar kisah orang-orang soleh. Sesungguhnya perkara ini antara perkara yang akan melembutkan hati seseorang.

Kedua:
Ingat akan mati ini akan meluaskan ingatan terhadap perkara yang menghancurkan kenikmatan duniawi. Diriwayatkan bahawa seorang wanita telah datang kepada Aisyah r.a mengadu tentang hatinya yang keras. Maka Aisyah r.a, berkata “perbanyaklah ingat akan mati, nescaya hatimu menjadi lembut”. Lalu wanita itu melakukannya dan hatinya menjadi lembut. Maka wanita tersebut datang kepada Aisyah r.a untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Para ulama ada berkata, “ingat terhadap mati akan menghentikan seseorang yang berbuat maksiat, melembutkan hati yang keras, menghilangkan kesenangan dunia dan memudahkan segala musibah dunia.

Ketiga:
Sentiasa menyaksikan orang yang menjelang kematiannya (saat sakratul maut). Sesungguhnya memerhatikan mayat dan menyaksikan saat sakratul mautnya, membayangkan rupanya setelah matin adalah perkara yang memutuskan kenikmatan dari jiwa seseorang. Ia juga akan mengusir kesenangan dari hati dan menghalang badan untuk beristirehat bahkan akan membangkitkan semangat untuk berbuat amal dan menambah kesungguhan dalam beribadah.

Diriwayatkan bahawa al-Hassan al-Basri melihat orang sakit yang sedang menghadapi sakratul maut. Beliau memerhatikan kesusahan dan beratnya yang dialami oleh pesakit itu. Lalu ia pulang kepada keluarganya dengan wajah yang berbeza ketika saat ia keluar rumah meninggalkan mereka. Maka mereka bertanya kepadanya, “Apakah kamu ingin makan, semoga Allah S.W.T memberi rahmat kepadamu”. Ia menjawab, “Wahai keluargaku, ambillah makanan dan minumanmu, demi Allah, sesungguhnya aku telah melihat kematian, aku akan terus beribadah sehingga bertemu dengan-Nya.

Inilah tiga perkara yang selayaknya bagi orang yang hatinya keras dan selalu bergelumang dengan dosa-dosa duniawi. justeru, setiap umat Islam harus manfaatkan kehidupannya dengan cara terbaik iaitu mengerjakan amalan diperintah oleh Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan larangan-Nya (amar ma’ruf nahi munkar). Time tubuh sihat inilah, kita perlu manfaatkan semaksimum mungkin supaya menjadi insan beriman, bertaqwa dan gemar mengerjakan amal kebaikan. 

Mana tahu entah esok mahupun lusa kita ditimpa kecelakaan sehingga terlantar keuzuran dan tidak lagi mampu melakukan amalan yang salih. Ketika itu tidak gunalah kita menyesal sambil berkata “ruginyalah aku, dulu tan nak buat”. So, kita gunakanlah masa yang ada ini dengan menjauhi perkara maksiat kerana kita tidak tahu entah esok atau lusa malaikat maut mencabut nyawa sedangkan kita masih bergelumang dengan dosa. Dan ingatlah, orang yang selalu melakukan perbuatan ma’ruf  dan bersungguh-sungguh akan mendapat penjagaan dari Allah, dan ditentukan dari-Nya dengan kesudahan yang baik (husnul khatimah) dan terhindar dari kematian yang buruk (su’ khatimah)di dunia. InsyaAllah.

Sebelum mengakhiri entry ini ingin saya titipkan sebuah syair yang sangat indah ungkapan Abul ‘Atahiyah. Moga syair ini dapat memberi kesan kepada kita semua tentang hakikat yang pasti ini.

Sungguh menghairankan bagi manusia jika mereka berfikir, menghisab diri mereka sendiri lagi melihat
Mereka melewati dunia menuju negeri yang lain, sesungguhnya dunia bagi mereka hanyalah tempat menyeberang
Tidak ada kebanggaan kecuali kebanggaan orang yang bertaqwa, besok apabila di padang mahsyar mengumpulkan mereka
Sungguh!! Agar manusia mengetahui bahawa taqwa dan kebaikan adalah sebaik-baik simpanan
Aku merasa hairan terhadap manusia dengan kebanggaanya, sedangkan hari esok dia akan dimakamkan di dalam kuburnnya
Apakah perkara yang asalnya adalah setitis air mani, dan akhirnya menjadi bangkai (kenapa ia berani) melakukan kefasikan??
Maka, ia tidak boleh memiliki apa-apa yang boleh diharapkan, dan tidak boleh menunda perkara yang ditakutinya
Dan, jadilah perkara yang selainnya, di dalam setiap perkara yang telah diputuskan dan ditentukan…
WALLAHU A’LAM…

SEMOGA KITA BERADA DI DALAM GOLONGAN YANG DIKEHEDAKINYA…INSYAALLAH… ('',)


22 August 2010

PUASA TOUCH N GO

                                                       يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون



Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 183)
Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan kini sudah pun tiba. Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem. Sudah nak dekat seminggu umat Islam berpuasa. Bagaimana penyertaan kita di pesta ibadah bulan Ramadhan ini? Penuh? Lompang? Ada la sikit? Tepuk dada tanyalah sendiri.
Imam al-Ghazali telah membahagikan puasa kepada tiga tahap.
Pertama: Tahap terbaik (khusus al-khusus)
  • Seseorang Islam yang berjaya mengawal nafsunya bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan yang lain yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasanya.
Kedua: Khusus
  • Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri dari maksiat batin.
Ketiga: Umum
  • Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa juga perbuatan yang boleh membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat zahir dan batin.
Di manakah tahap kita?? Mengapa kita masih berada di tahap kedua dan ketiga?? Manusia kini ghairah mencari keduniaan yang berbentuk material. Tidak langsung memikirkan tentang hari Pembalasan kelak yang perlu diimbangi dengan urusan duniawi dan ukhrawi. Mentang-mentanglah pahala itu tidak boleh dilihat. Jika pahala itu ibarat gores dan menang?? Bestnye. Kalau kita lakukan sesuatu perkara terus dapat hadiah. Jadi, tidak perlulah di wujudkan Neraka. Asalkan sudah melaksanakan kewajiban puasa, sudah dikira mendapat full mark dalam berpuasa.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan Allah akan mengampuni dosanya yang lalu” (riwayat Muslim).
Masya Allah, alangkah ruginya umat Islam yang mensia-siakan dan tidak memanfaatkan kedatang bulan yang mulia ini. ini kerana di bulan Ramadhan inilah Allah memberi  keistimewaan yang berupa ganjaran pahala yang berganda-ganda bagi sesiapa yang mengerjakan amalan kebaikan. Ia tidak diberi oleh Allah melainkan di dalam bulan Ramadhan ini!
Rasulullah ada bersabda:
“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadhan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun” (riwayat Ibnu Abid Dunya)
Mengapa Allah Memfardhukan Puasa
Setiap apa yang berlaku mestilah ada hikmahnya. Begitu juga puasa di bulan Ramadhan ini. Bukan sengaja Allah menyuruh umat Islam berpuasa. Namun di bulan inilah  ia memberi impak atau natijah yang amat besar kepada sesiapa yang melaksanakan tanggungjawabNya.  Memang tidak diragui bahawa semua hukum Allah mempunyai hikmah, rahsia dan faedah untuk hamba-hambanya.
Hikmah-hikmah berpuasa adalah:
1)      Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah. Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui sebahagian daripada waktu siangnya. Nafsunya yang ingin makan dan minum, namun wujud perasaan yang menyedari dirinya puasa lantas menghalang keinginan tersebut. Dalam menghadapi dugaan sebegini, hatinya sedar terhadap pemerhatian Allah, lantas ianya mengingati Allah dan kekuasaanNya.
2)      Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci. Allah mengkehendaki hambaNya supaya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatanyang menghampirkan diri kepadaNya. Pensyariatan puasa ini adalah cara yang termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepadaNya.
3)      Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan. Kedua-duanya bertentangan dengan sifat seorang Islam. Justeru, pensyraiatan puasa dapat mendidik jiwanya dan mengurangkan sifat-sifat tersebut.
4)      Sifat berkasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam. Akan tetapi, orang kaya tidak dapat menghayati kasih–sayang yang sebenar terhadap orang miskin tanpa merasai keperitan, kesempitan dan kepahitan hidup yang diburu kelaparan. Oleh itu bulan puasa merupakan waktu terbaik bagi golongan kaya untuk menyelami perasaan orang miskin.
Rasulullah pernah memberi penekanan bulan Ramadhan di dalam khutbah baginda iaitu:
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah jadikan puasa adalah fardu dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.”
Terlalu banyak gandaan pahala yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang melakukan perkara kebaikan di bulan Ramadhan. Allah akan menunaikan janjiNya kepada hambaNya yang melaksanakan suruhannya.
Antara perkara-perkara yang membawa keberkatan di bulan Ramadhan ialah:
1)      Banyakkan memberi sedekah,solat sunat tarawikh, membaca dan tadarus al-Quran.
2)      Beriktikaf di masjid terutamanya pada sepuluh hari akhhir bulan Ramadhan.
3)      Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan yang memberahikan.
4)      Meninggalkan bekam di kepala, di badan dan seumpamanya serta merasa makanan atau mengunyahnya.
5)      Memberi juadah berbuka kepada orang yang berpuasa.
6)      Mengelakkan pembaziran.
7)      Mengurangkan tidur ketika di siang hari
Banyak lagi perkara-perkara kebaikan yang boleh dilakukan di bulan yang penuh dengan gandaan pahala ini. di dalam bulan Ramadhan ini jugalah segala bentuk penyucian jiwa daripada segala kekotoran duniawi dan dosa-dosa sebelum ini boleh dilakukan mulai sekarang agar ia boleh diistiqamahkan di bulan-bulan yang berikutnya. InsyaAllah. Semoga segala perkara yang dilakukan hanya kerana Allah Taala serta mendapat keberkatann daripadaNya.
>>>>> ikhlaskanlah ibadah hambamu ini ya Allah<<<<<

KERANDA BERGERAK KE PURDAH??




Globalisasi hadir dengan membawa segala macam fenomena baru yang tidak terfikir tergapai dan terlaksana oleh kita, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dewasa ini, dunia dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru yang telah bercanggah dengan moral Islam. Globalisasi yang ditandai arus gelombang zaman peringkat ketiga seperti mana menurut sarjana barat, telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral sesebuah masyarakat. Sebutlah apa jua segala bentuk perubahan ini. Antaranya seperti pelakuan yang tidak bermoral seperti vandalisme, pelacuran, rasuah (yang kini lebih dikenali sebagai duit kopi: nmpak manis didengar), buang anak dan banyak lagi masalah-masalah yang sedang hangat melata di dada-dada akhbar kini. Surat khabar kini sudah boleh dianggap sebagai diari jenayah. Inilah hakikatnya apa yang sedang di alami  oleh kita di negara Malaysia ini.


Tetapi bagaimana pula dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat di luar negara khususnya saudara kita umat Islam di sana? Adakah lebih baik? Lebih teruk? Isu yang sedang hangat diperkatakan dan didengari kini adalah ISU PEMAKAIAN PURDAH. Apakah yang dimaksudkan dengan purdah? Purdah ialah sejenis kain yang menutupi wajah, yang dikenakan oleh beberapa kaum perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung/jilbab. Purdah di dalam bahasa Arab disebut Niqab  نقاب. Ia sering dipakai di Negara-negara Arab sekitar Teluk Parsi seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman dan UAE. Ia juga biasa di pakai di negara Pakistan, manakala sesetengah wanita Muslim di United Kingdom juga turut mengenakan purdah ini.  


Apa yang ingin di kupaskan tentang ISU PEMAKAIAN PURDAH DI LUAR NEGARA INI? Munurut arkib utusan online luar negara yang bertarikh 13 Mei 2010, pada 12 Mei 2010 di negara Paris penggubal undang-undang Perancis telah sebulat suara meluluskan satu resolusi yang menegaskan pemakaian purdah adalah bercanggah dengan prinsip kebebasan, kesamarataan dan persaudaraan yang diasaskan negara itu. Resolusi yang diluluskan dangan 434 undian tanpa sebarang bantahan  merupakan persediaan asas bagi cadangan mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam termasuk di jalan-jalan. Seorang daripada penggubal undang-undang tersebut juga turut membandingkan wanita Islam yang bepakaian sedemikian ibarat ‘hantu’ dan keranda bergerak!!!

Manakala di negara London pula iaitu bekas Setiausaha Luar Britain yang kini merupakan Ketua House of Commons, Jack Straw telah mencadangkan supaya wanita Islam menanggalkan purdah mereka bagi tujuan memudahkan kominikasi dan bersikap lebih terbuka. Dalam ruangan khas akhbar Lancashire Evening Telegraph, Straw menulis mengenai ketidakselesaan beliau apabila sesorang itu berkomunikasi dengan seseorang tanpa tanpa melihat wajahnya. Adakah ini satu alasan yang logik?

Selain itu negara Syria iaitu selaku negara Islam juga telah melarang para guru dan pelajar memakai purdah di universiti kerajaan mahupun swasta. Ini kerana menurut pegawai pemerintah, langkah itu diambil bagi melindungi identiti sekular serta ia juga dikaitkan dengan gerakan aktivis salafi.

Larangan memakai purdah ini dilakukan kerana mereka (khasnya Barat) telah melabelkan bahawa pemakaian purdah itu adalah ‘uniform pengganas’. Adakah alasan ini wajar? Jangan hanya alasan menutup kain dimuka dijadikan alasan untuk melabelkan wanita Islam itu seorang pengganas. Manakala di negara Perancis pula banyak pihak yang telah berpendapat bahawa undang-undang melarang pemakaian simbol agama (purdah) itu bertujuan untuk menyerlahkan kedudukan Perancis sebagai sebuah negara sekular di sebalik lima juta umat Islam yang menjadi rakyat negara berkenaan. 

Dalil yang mebenarkan memakai purdah:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.                                                                              (Surah al-Ahzab: 59)

Musuh-musuh Islam tidak henti-henti berusaha untuk menjauhkan orang Islam dari agama yang haq dan lurus ini. di setiap tempat dan kesempatan mereka akak sedaya upaya untuk melontarkan tuduhan-tuduhan keji yang ditujukan kepada umat Islam. Tahukah apa sebenarnya yang mereka inginkan? Mereka hanya menginginkan satu perkara iaitu menghancurkan agama Islam dan merosakkan generasi Islam serta menyebarkan kekejian di tengah-tengah masyarakat yang beriman.